Utama/Blog/Apa Itu CCTV Tanpa Wayar?
Panduan29 Disember 2020

Apa Itu CCTV Tanpa Wayar?

CCTV tanpa wayar semakin diminati, tetapi ramai beranggapan ia zero wayar sepenuhnya. Ketahui cara sebenar ia berfungsi dan dua jenis pilihan di pasaran.

CCTV tanpa wayar (kamera litar tertutup) adalah kamera keselamatan yang berfungsi dengan menghantar isyarat video dan audio ke penerima menggunakan gelombang radio frekuensi tinggi. CCTV tanpa wayar semakin diminati sejak kebelakangan ini, namun ada yang beranggapan CCTV ini tidak melibatkan apa-apa kabel atau wayar (zero wayar).

Adakah ia benar? Salah tu ya Tuan-Tuan dan Puan-Puan.

Semua CCTV memerlukan sumber tenaga (power). Malah kamera CCTV tanpa wayar juga memerlukan tenaga untuk kita mengaktifkannya. Cuma, CCTV tanpa wayar tidak menggunakan kabel yang banyak dan panjang untuk disambungkan ke Digital Video Recorder (DVR). DVR adalah tempat simpanan rakaman untuk kamera jenis wired.

Kenapa wireless lebih mudah?

Wireless CCTV lebih mudah untuk dipasang. Ia hanya memerlukan power dan kad memori (SD card) untuk menyimpan rakaman, dan SD card akan dimasukkan ke dalam setiap kamera. Dengan adanya sambungan WiFi, boleh terus view di telefon hanya dengan memuat turun aplikasi CCTV.

Jimat ruang kan? Tak perlu kita nak sediakan tempat letak dekoder, nak sediakan monitor, nak tengok wayar-wayar berselirat belakang dekoder lagi.

Dua jenis wireless CCTV

Yang pertama: menggunakan sumber tenaga (power). Bagi pelanggan yang tidak mahu rumah atau premis mereka nampak casing/pipa, mereka boleh mengupah wireman untuk tarik kabel power ke titik di mana kamera CCTV akan dipasang. Ini kerana kebiasaannya pemasang CCTV tidak melakukan kerja-kerja mengubah dinding atau siling.

Yang kedua: CCTV menggunakan solar. CCTV yang menggunakan solar mempunyai bateri yang boleh dicas semula (rechargeable battery). Ia juga disebut sebagai 100% Wire-Free Battery Powered, atau Solar Powered Security Camera. Kamera jenis solar ini kebiasaannya diletakkan di tempat yang tiada bekalan elektrik, contohnya:

  • Kebun dan ladang
  • Kandang haiwan
  • Atas bumbung
  • Tapak pembinaan

Ketahanan bateri untuk kamera jenis solar ini boleh tahan hingga 2-3 minggu sekali cas.

Jom dapatkan wireless CCTV mampu milik. Hubungi kami di sini.

Ada soalan tentang CCTV?

Chat dengan kami untuk cadangan percuma. Kami bantu pilih CCTV yang paling sesuai dengan keperluan premis anda.

WhatsApp Kami