Ciri-ciri Pemilihan CCTV yang Baik
Sebelum membuat pemasangan CCTV, ketahui 6 ciri penting untuk memilih kamera yang berkualiti: kualiti vs modal, indoor atau outdoor, wayar atau tanpa wayar, dan lain-lain.
Sebelum membuat pemasangan CCTV, ketahui ciri-ciri pemilihan CCTV yang baik.
1. Kualiti vs modal
Kebanyakan pelanggan lebih mementingkan harga berbanding kualiti kamera itu sendiri. Harga CCTV bergantung kepada kualiti dan fungsinya. Anda perlu membuat pilihan yang tepat untuk mengenal pasti kualiti dan fungsi CCTV yang anda pilih, kerana kebiasaannya pelanggan lebih memilih kos yang rendah.
Oleh itu, kualiti CCTV perlu dilihat dan dikaji dari sudut resolusi (HD / Full HD), kejelasan gambar dan video, penglihatan malam, audio, pengesan pergerakan dan sebagainya.
2. Penggunaan CCTV indoor atau outdoor
Teknologi yang canggih pada masa kini telah mengeluarkan pelbagai jenis dan fungsi CCTV. Terdapat beberapa jenis penggunaan CCTV seperti dalaman (indoor), luaran (outdoor) dan kedua-duanya (indoor/outdoor).
CCTV dalaman (indoor) adalah lebih terlindung seperti dalam rumah atau bangunan di mana kawasan yang tidak terdedah oleh hujan dan panas. CCTV luaran (outdoor) merupakan CCTV yang tahan hujan dan panas serta kosnya lebih tinggi berbanding CCTV dalaman. Ini kerana CCTV jenis luaran dilengkapi dengan IP66 iaitu tahan cuaca (weatherproof).
Terdapat juga CCTV yang boleh digunakan untuk luaran dan dalaman. CCTV jenis ini adalah lebih canggih, mempunyai bateri yang boleh dicas semula dan digunakan bersama panel solar.
3. Wayar atau tanpa wayar
Terdapat 2 jenis CCTV iaitu berwayar (wired) dan tanpa wayar (wireless). CCTV berwayar kebiasaannya dipasang di bangunan yang besar dan bertingkat seperti bangunan kerajaan, sekolah, hospital dan sebagainya. Ini kerana bangunan-bangunan besar ini memerlukan penggunaan kabel yang banyak dan perakam video (DVR) yang mampu menyimpan storan yang tinggi. Pemasangannya juga mengambil masa yang lama dan agak rumit.
CCTV tanpa wayar (wireless) lebih mudah dipasang, pemasangannya juga tidak mengambil masa yang lama kerana penggunaan kabel yang kurang. CCTV jenis ini kebiasaannya dipasang di rumah, pejabat, klinik dan sebagainya. Ia lebih mudah untuk dikawal kerana menyokong penggunaan WiFi yang membolehkan gambar serta video dapat dilihat melalui telefon.
4. Gambar dan video
Pemilihan CCTV yang mempunyai resolusi yang baik amatlah penting untuk mendapatkan gambar dan video yang lebih jelas. Hal ini kerana ia boleh dijadikan sebagai bukti sekiranya berlaku sesuatu kemalangan. Bagi mendapatkan gambar dan video yang terang lagi jelas, pemilihan CCTV hendaklah sekurang-kurangnya mempunyai resolusi 1MP atau 720p di mana gambar dan video boleh dilihat secara HD.
5. Kedudukan CCTV
Kedudukan CCTV bergantung kepada keinginan pelanggan, tetapi bagi mendapatkan pandangan yang luas, penetapan kedudukan CCTV juga perlu diambil kira. Kebiasaannya CCTV akan dipasang di bahagian sudut bangunan bagi mendapatkan luas pandangan yang memuaskan. Selain itu, CCTV juga boleh dipasang secara terang-terangan atau sembunyi (hidden), bergantung kepada pemilihan pelanggan.
6. Penglihatan malam
Penglihatan malam (night vision) sangat penting bagi mendapatkan imej yang jelas pada waktu malam. CCTV yang mempunyai fungsi pengesan pergerakan (motion detector) juga penting untuk anda yang menginginkan pengawasan yang lebih pada waktu malam. Ini kerana CCTV akan terus merekod video sekiranya pergerakan dikesan.
Nak pilih CCTV yang sesuai? Dapatkan nasihat percuma dari kami.
Ada soalan tentang CCTV?
Chat dengan kami untuk cadangan percuma. Kami bantu pilih CCTV yang paling sesuai dengan keperluan premis anda.
WhatsApp Kami