Kelebihan CCTV Wireless
Nak pasang CCTV? Kena bijak memilih. Kupasan pengalaman 10 tahun dalam industri CCTV: beza wired dengan wireless, dan kenapa wireless lebih sesuai untuk kebanyakan rumah dan premis.
Nak pasang CCTV ni kena fikir betul-betul, kena bijak memilih. Sebelum pasang, fikir dulu kamera CCTV apa paling sesuai dengan kita. Sejak dua tiga tahun kebelakangan ni, banyak produk wired dan wireless CCTV mula muncul di pasaran online.
Kami dengan industri CCTV ni dah lebih kurang hampir 10 tahun. Kami masak sangat dengan perangai CCTV ni. Dari A ke Z, semua boleh hafal masalah dia. Manusia ni memang ada sifat perfectionist, bila nak pasang CCTV mesti pilih paling best dan harga paling murah kan?
Ramai orang tanya kami, CCTV apa yang best? Wireless CCTV ke, wired CCTV ke? Jom kita kupas.
Apa beza wired dengan wireless CCTV?
Kamera wired ada banyak parts: bermula dari kamera, Digital Video Recorder (DVR), Hard Disk (HDD), power supply, kabel, monitor, mouse dan lain-lain.
Bila banyak parts diperlukan, lagi tinggi risiko sistem CCTV itu akan gagal. Sebab kalau salah satu part rosak, keseluruhan sistem tak boleh berfungsi dengan sempurna.
Berbanding dengan wireless CCTV, ia cuma ada kamera dan kad memori sahaja untuk rakam. Semua rakaman boleh tengok live atau playback di dalam telefon, laptop, PC dan tablet.
Kelebihan wireless CCTV
- Kurang parts, kurang risiko - tiada DVR, HDD atau kabel panjang yang boleh rosak
- Pemasangan lebih cepat - tiada kerja tarik kabel dinding atau siling
- Jimat ruang - tak perlu tempat letak dekoder, monitor, atau wayar berselirat
- Pantau dari mana sahaja - semua rakaman boleh dicapai melalui aplikasi di telefon
Nak tahu lebih lanjut atau nak dapatkan sebut harga percuma? WhatsApp kami.
Ada soalan tentang CCTV?
Chat dengan kami untuk cadangan percuma. Kami bantu pilih CCTV yang paling sesuai dengan keperluan premis anda.
WhatsApp Kami