Utama/Blog/Kelebihan Pemasangan CCTV
Panduan27 Februari 2020

Kelebihan Pemasangan CCTV

CCTV dapat mengurangkan jenayah, memudahkan pemantauan, melindungi harta benda dan anak-anak, serta mengurangkan kos pengawalan. Ketahui 4 kelebihan utama.

1. Mengurangkan jenayah

Kejadian jenayah sering berlaku tanpa kita duga, terutamanya di kawasan yang tiada pengawalan dan sunyi. Hal ini boleh menjejaskan keselamatan orang awam. Ia telah melibatkan beberapa jenayah seperti rompakan, ragut, culik, pembunuhan dan sebagainya. Lebih malang apabila penjenayah tersebut tidak dapat dikenal pasti.

Oleh itu, dengan memasang kamera litar tertutup atau CCTV, dapat mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. Tindakan awal dapat diambil sebaik sahaja kamera CCTV mengesan pergerakan atau merakam situasi tersebut, serta dapat membantu pihak berkuasa untuk melakukan siasatan.

2. Kerja pemantauan lebih mudah & selamat

Kamera litar tertutup atau CCTV merupakan alternatif terbaik sebagai “pemerhati” keadaan sekeliling. Dengan adanya bantuan alarm, ia dapat memberikan maklumat kepada pemilik kediaman rumah atau premis dengan segera sekiranya berlaku pencerobohan.

Selain itu, CCTV mempunyai auto switch iaitu penukaran mod siang dan malam. Pandangan pada waktu malam dapat dilihat dengan jelas dengan teknologi night mode. Maka, tiada masalah bagi pemilik rumah atau premis untuk memantau keadaan pada waktu malam.

3. Melindungi harta benda dan anak-anak

Hal yang melibatkan keselamatan anak-anak merupakan satu keutamaan bagi setiap individu, diikuti dengan barangan berharga. Sekiranya anda kerap bekerja jauh dari kawasan rumah, ia akan menimbulkan kerisauan dan keraguan tentang keselamatan anak-anak serta keadaan rumah.

Dengan bantuan kamera litar tertutup (CCTV), kerisauan dapat dilegakan di mana CCTV boleh diakses melalui telefon bimbit anda. Anda dapat melihat keadaan di dalam rumah walaupun anda berada jauh dari kawasan kediaman.

4. Mengurangkan kos untuk pengawalan

Tempat-tempat seperti sekolah, bank, hospital, institut pengajian tinggi (IPT) dan sebagainya memerlukan beberapa orang pengawal atau security guard untuk memantau dan menjaga keselamatan tempat tersebut. Lebih luas kawasan di sesuatu tempat, lebih ramai pengawal yang diperlukan.

Kamera litar tertutup atau CCTV dapat membantu untuk melihat keadaan sekeliling. Hal ini boleh mengurangkan jumlah pengawal yang diperlukan untuk menjaga keselamatan tempat, dan kos yang perlu dikeluarkan juga tidak terlalu tinggi. Bantuan alarm dari CCTV dapat menghantar isyarat kepada pengawal dengan lebih cepat sekiranya pengawal tidak berada di tempat kejadian.

Nak pasang CCTV di rumah atau premis anda? Dapatkan sebut harga percuma di sini.

Ada soalan tentang CCTV?

Chat dengan kami untuk cadangan percuma. Kami bantu pilih CCTV yang paling sesuai dengan keperluan premis anda.

WhatsApp Kami